Syazwani Shukri

Saturday, April 30, 2011

Petua Hilangkan Parut Jerjerjerjerawat


Dah cuba banyak produk kecantikan? Tapi kulit masih tidak seperti yang diidam-idamkan?
Ini mungkin kulit tak serasi dengan pencuci muka. Itulah yang selalu kita jawab dalam hati (untuk menyedapkan hati).
Bila saja tengok cermin, huh!!!! Bencinya!!! Ada jerawat baru tumbuh walaupun jerawat lama ada parutnya lagi. Bila ni nak dapat kulit licin berseri??? Tertekan!!!!
Semenjak saya masuk umur 20 an, memang inilah masalah saya. Sampai dah malas nak belek-belek muka. Keyakinan dalam diri pun dah mula pudar. Dari semester 2 saya berada di Universiti sampailah saya semester 5, muka asyik ada ja jerawat. Bukan jerawat biasa. Jerawat yang besar dan berisi pula!!!
Sampailah saya semester 6, saya dah tidak mahu sentuh pencuci muka yang ada di pasaran. Datanglah siapa-siapa yang syorkan itu ini, saya dah nekad tak nak guna pencuci muka di pasaran. Dan saya nekad mahu menggunakan cara tradisional.
Setiap pagi, saya mesti kembangkan teh sebab nak buat pencuci muka. Dari awal sem dan sekarang sudah berada di hujung sem (kami semua sedang bertungkus lumus study untuk final exam sekarang). Sekarang, parut-parut jerawat saya sudah menghilangkan diri. Hehehehehehehee!!!! Memang puas hati yang teramat! Setelah sekian lama saya tidak melihat wajah yang licin tanpa jerawat dan parut-parutnya..
Di sini saya ingin berkongsi petua-petua yang saya amalkan untuk kecantikan diri. Bagi mereka yang tidak suka cara tradisional, tak usahlah membelinya. Saya khaskannya untuk mereka yang sudah bosan menggunakan cara moden.

No comments:

Post a Comment