Syazwani Shukri

Tuesday, May 31, 2011

Kebaikan MANDI Untuk Kita.. hehehe....

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.  

Mengeluarkan racun:


Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk
  sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


Jangkitan kulit
  : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


Selesema dan sakit kepala
  : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis  minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.


Insomnia
  : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda.   Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur.   Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit. 

REAKSI SYAITAN JIKA KITA MEMBACA KITAB SUCI AL-QURAN


Reaksi Syaitan Jika Membaca AlQuran

Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan ;)
1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.

Thursday, May 12, 2011

NURSES DAY 12th MAY

selamat hari jururawat sedunia untuk semua jururawat, bakal jururawat, dan bekas jururawat... i've post this video to my late friend (cinda adid)... we all miss her so much.. i dedicated this video to all my classmate NURSING K2/08. wish u all HAPPY NURSES DAY.
Posted by Picasa

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU

Tanpa kita sedari, kita telah melupai mereka yang telah banyak berkorban untuk kita. Perit lelah mereka mengandungkan kita 9 bulan tidak langsung mereka ungkit, sekalipun kita banyak merungut bila mana mereka meminta bantuan daripada kita. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk melahirkan kita ke dunia ini, tapi pernahkan kita ucapkan terima kasih? Inilah golongan insan yang bergelar ibu yang kadang-kadang kita ketepikan, kita lupa jasa dan pengorbanan mereka.
Sempena Hari Ibu yang bakal tiba nanti, ilham datang untuk saya menulis sesuatu mengenainya. Kadang-kadang kita memandang golongan ini sebelah mata sahaja. Kita lupa pengorbanan besar mereka. Kenapa saya mengatakan sedemikian? Cuba lihat, berapa ramai warga emas yang sekarang ini tinggal di rumah kebajikan untuk menghabiskan dan menamatkan sisa baki kehidupan mereka? Walhal, mereka punyai anak, tapi anak-anak mereka enggan menjaga mereka. Faktor kerjaya, sibuk dan sebagainya dijadikan alasan. Adakah ini cara pembalasan anak-anak terhadap ibu yang telah berkorban kepada mereka selama ini?
Saya ingin mengajak kamu menonton video pendek ini yang bertajuk “Surat Seorang Ibu“. Video ini telah dirakamkan dan dihasilkan oleh SaifulNang bersamaCandidSyndrome dengan kerjasama CST Production dan ID Motion Pictures. Saya syorkan anda tonton sehingga habis video ini supaya anda dapat menghayati mesej yang ingin disampaikan.
Bagaimana? Adakah kamu dapat mesej yang ingin disampaikan? Saya harap video ini sedikit sebanyak membawa kita kesedaran dan peringatan supaya kita tidak melupai mereka. Selagi mereka masih disisi, masih boleh bergurau senda dengan anda, hargailah mereka. Jangan diketepikan dan dilupai mereka ini. Saya tersentuh dengan video ini kerana pada saya inilah realiti kehidupan masa kini. Janganlah tika mereka sudah tiada barulah kita hendak menghargai mereka, maka tiada guna lagi. Berbaktilah selagi mereka masih ada.

Apa yang anda ingin lakukan pada hari tersebut? Terpulang kepada kamu untuk menentukannya, tapi pada pandangan saya, tidak perlu kita tunggu tibanya Hari Ibu untuk kita hargai mereka. Selagi mereka disisi, selagi kita masih bernyawa, setiap hari kita harus menghargai mereka. Jangan sesekali kita lupakan jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan demi kita semua. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu, jadi berbaktilah dan hargailah mereka selagi kita masih berkesempatan. Saya pernah melihat seorang rakan saya menangis apabila tibanya Hari Ibu kerana ibunya telah tiada dan tidak berkesempatan untuk mambalas jasa ibunya itu. Jadi, bagi anda yang masih punyai ibu, hargailah mereka dan berbaktilah kepada mereka.

Sunday, May 1, 2011

DEAR DAIRY,

year 1 semester 1 -setahun jagung- julai 2008-
time ni benda yang paling terer kami buat
  1. blood pressure
  2. hair shampoo
  3. pindah patien dari katil ke kerusi
  4. bed bath
  5. cara batuk dengan betul
terer kan kami.. hehehehe.....
hari ni dah masuk 1 mei 2011.. that mean ada 49 hari lagi nak balik kampung (changlun, kedah) yang tercinta, tersayang, terindu.. rasa berat hati pulak nak tinggalkan bumi sarawak ni sebenarnya.. tapi apakan daya...setiap pertemuan pasti ada perpisahan... sabo je la~ apa pun kami yang berhijrah di bumi sarawak ni rasa tak sabar jugak nak jadi staff nurse at the same time rasa kurang yakin. ye la.. jadi junior balik katakan... tetapi!!! kami sedia terima cabaran. cewah!!!! poyo sikit jer pun.. xpe kan. hehehe....
rasa macam baru masuk kolej tu je.. dah nak habis study.. cepat betul masa berlalu. tak sempat nak explore semua pasal medical term and medication sampai habis. huhuhuhu..... rasa best pulak jadi student. sapa cakap jadi student tak best????? habaq bagi mai. student life la yang paling enjoy. tapi tang kena baca buku tu yang tak berapa nak best. huhuhu...

-year 1 semester 2- january 2009-
masa ni agak senior sikit. koya pun dah muncul la.. hehehehe..
excited buat
  • dressing
  • injection 
year 2 semeser 1-july2009-
sem ni paling menarik sebab masuk labor ward and paediatric ward.
baby kat situ semua comel!!!!

year 2 semester 2
dah pandai balut kaki orang patah masa ni..


year 3 semester 1 -sem 5-
masa ni kami semua management
hanya tuhan yang tau macam mana jadi manager di ward.
kena buli dengan CI Sawai. tapi dia CI paling best. hehehe.. siap ada fan club lagi di FB tau..

year 3 semester 2 -sem 6- final semester
ni la aktiviti kami tiap2 bulan.. nursing assembly. yang ni kelas kami in charge. memang melatop habis.


Saturday, April 30, 2011

Petua Hilangkan Parut Jerjerjerjerawat


Dah cuba banyak produk kecantikan? Tapi kulit masih tidak seperti yang diidam-idamkan?
Ini mungkin kulit tak serasi dengan pencuci muka. Itulah yang selalu kita jawab dalam hati (untuk menyedapkan hati).
Bila saja tengok cermin, huh!!!! Bencinya!!! Ada jerawat baru tumbuh walaupun jerawat lama ada parutnya lagi. Bila ni nak dapat kulit licin berseri??? Tertekan!!!!
Semenjak saya masuk umur 20 an, memang inilah masalah saya. Sampai dah malas nak belek-belek muka. Keyakinan dalam diri pun dah mula pudar. Dari semester 2 saya berada di Universiti sampailah saya semester 5, muka asyik ada ja jerawat. Bukan jerawat biasa. Jerawat yang besar dan berisi pula!!!
Sampailah saya semester 6, saya dah tidak mahu sentuh pencuci muka yang ada di pasaran. Datanglah siapa-siapa yang syorkan itu ini, saya dah nekad tak nak guna pencuci muka di pasaran. Dan saya nekad mahu menggunakan cara tradisional.
Setiap pagi, saya mesti kembangkan teh sebab nak buat pencuci muka. Dari awal sem dan sekarang sudah berada di hujung sem (kami semua sedang bertungkus lumus study untuk final exam sekarang). Sekarang, parut-parut jerawat saya sudah menghilangkan diri. Hehehehehehehee!!!! Memang puas hati yang teramat! Setelah sekian lama saya tidak melihat wajah yang licin tanpa jerawat dan parut-parutnya..
Di sini saya ingin berkongsi petua-petua yang saya amalkan untuk kecantikan diri. Bagi mereka yang tidak suka cara tradisional, tak usahlah membelinya. Saya khaskannya untuk mereka yang sudah bosan menggunakan cara moden.

Friday, April 29, 2011

Wedding of The Year - ROYAL WEDDING: Kate Middleton and Prince William

yg ni bukan prince william dgn kate. tp prince charles dengan princess diana.
(warm up dulu...) hehehe....tunjuk la gamba mak ayah diorang dulu.. nanti baru gambar diorang. tungguuuu..



The groom (in a red tunic of the Irish Guards) waves to excited onlookers as he arrives at Westminster Abbey with his best man.


 -bride-
Kate Middleton look so simple and lovely while she walking into the Westminster Abbey. I love her gown actually. 





flower girl yang iring Kate Middleton. actually they all are Prince William's cousin. very cute indeed...

OPSS!!! part censored. this couple are kiss for a twice in front of public at Buckingham Palace. oh...sangat manis dan romantis... suke la tu...

a wedding dress look like... ada yang cakap memang Kate Middleton nak design wedding dress dia macam ni.. tapi tak tau la betul ke tak. apa pun both of wedding dress are so cantik..


JUST BETWEEN US
With millions watching, Prince William manages to share a private laugh with his soon-to-be missus as she arrives at the altar with dad Michael by her side.




Monday, April 25, 2011

PEMAKANAN YANG DITUNTUT DALAM ISLAM

Saya kongsi artikel menarik yang saya baru terima melalui emel seorang kawan baru je sebentar tadi…
Bertepatan dengan HaDith Rasullulah s.a.w : marhumnya :

“ berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil “
Vitamin B dan Tambah Darah
Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan ( kajian dan terbitan para kafir ini ) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
Kalo nak darah lebih, makan buah delima insyaAllah banyak khasiatnya. Tak pun makan buah avocado, atau yang berkaitan dengannya. Buat air ke. InsyaAllah, buah tersebut merupakan ubat bagi segala barah.

Kopi untuk kesihatan
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegembaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok yahudi, mereka minum kopi, starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.
Nescaffe je yang setakat ni ada kesan negative bagi pengamalnya. Tu pun disebabkan ianya diproses menggunakan resepi orang-orang bukan islam. kopi lain kan banyak. Lagi banyak khasiatnya. Kopi kampung pun best. Tak payahla kita nak sibukkan diri nak minum starbuck. Kopi isteri kita buat, kopi mak kita buat. Bukan kah diadun dan dibancuh dari tangan-tangan yang sepastinya kita tahu sumbernya. Dahlah tak mahal, Cuma dapatkan serbuk kopi ngan gula je dari kedai.

Daging kambing makanan nabi
Kita diajar kalau memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
Yang jadikkan kita darah tinggi atau serangan jantung sebenarnya rempah yang tidak diadun dengan betul dan sempurna. Tapi janganlah makan kambing dengan banyak, sebabnya kalau makan banyak apa-apa jenis makanan pun, tetap ia boleh datangkan mudarat. Kalau nak elok lagi, lepas makan kambing tu, cuba minum air limau nipis. Kalau berani lagi. Perah je air perahan lima nipis dalam mulut.

McDonalds
Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
Kalau nak wat burger ke, kentang ke, buat je sendiri. Carik daging burger then goreng sendiri kat umah. Macam-macam resepi burger boleh kita buat ikut sukati kita, Kalau malas sangat, pegi je mana-mana gerai abang burger yang kita kenal tu, order je dari situ. Lagi puas hati. Sekurang-kurangnya kita Nampak proses penyediaan dan bahan yang digunakan. Baru hilang syubahah dan tenang dalam amalan dan ibadat seharian.

Coke dan Maggi
Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makananan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu tidak bagus untuk kesihatan 9 gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi ). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
Berentilah minum semua air bikarbonat nih, banyak bahaya daripada faedahnya. Minum air sejuk kan best. Nanti bersih usus kita. Kita gak hepi..hehehe. Minum je susu kambing atau lembu. Takpun, beli jek mana-mana buah then proses buat jus. Lagi jimat. Bahan pun sepastinya diyakini kehalalannya. Meggi tu payah gak nak cakap, kalau dah yakin halal kita makan je. Banyak gak meggi yang orang islam buat.

Soya
Untuk pengetahuan , para kafir agen dajjal ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya ( sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar ), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurang kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon  estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuat penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Minum je susu kambing. Pasti banyak khasiatnya.

Petua mendapat anak
Kalau yang nak dapat anak, tapi belum dapat-dapat dan dah lama berusaha, cuba kaedah ni. Baru-baru ni ade terdengar dekat telivisyen rancangan tanyalah ustaz kaedah macam kat bawah ni.
“Ambil susu kambing segelas. Buah kurma segenggam. Asingkan buah kurma dari biji. Kemudian campurkan buah kurma tersebut kedalam susu kambing. Kemudian di kisar hingga sebati. Amalkan minum setiap hari samada nak minum satu gelas teros atau minum 7 teguk sehari. Sebelum minum bacalah BISMILLAH dan jangan lupa untuk bersalawatke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Nak elok lagi, salawat Syifa. Lebih elok lagi kita baca selepas salawat tu, doa-doa amalan Rasulullah dan Sahabat. InsyaAllah akan dikurniakan anak oleh Allah dengan berkat dan rahmatNya atas usaha yang kita kerjakan. Amin”

Sekadar berkongsi ilmu dan Semoga Selamat dalam amalan seharian kita. J

MARILAH BERSAMA, KITA SEBARKAN DAN MAKLUMKAN KEPADA SAUDARA SE ISLAM KITA
Wallahualam…
Saya sekadar berkongsi je apa yg saya rasakan baik… Tak terniat pun nak menyinggung mana-mana pihak… Kalau rasa-rasanya ada yang tak kena dengan artikel ni minta dimaafkan dan tolong perbetulkan bersama fakta-fakta sahih…

  

--
Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

Sunday, April 24, 2011

kejutkan suami bangun solat subuh sampai koma

Marah kejut solat Subuh



AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa
di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita
 itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.
Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial
 Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah
 akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas
 dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.

“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir
 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum
mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.

“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya
 berubah selain menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya
 bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.


“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik,
 apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas
 mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang
bergegas ke rumah pasangan itu.

“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat
mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri
sambil memegang pisau.

“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa
 dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal
 manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin,
 ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan
dan siasatan lanjut dilakukan.

myMetro | Pekerja lari bertempiaran

myMetro | Pekerja lari bertempiaran
klik link diatas untuk berita penuh (^_^)

apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni... buang bayi, buang budak, bunuh, bakar, cincang, sula, penggal kepala, dan lain2. macam mangsa tu binatang pulak.. huhuhu.... hish... susah hati pun ada, tapi dah nama pun manusia akhir zaman, dunia akhir zaman, memang macam ni yang akan jadi.. dalam kitab suci al-Quran pun ada sebut pasal ni.. manusia akan kembali jahil macam zaman jahiliah. cuma zaman jahiliah dulu takde alat2 canggih. marilah kita sama2 doakan supaya Allah s.w.t menguatkan iman dan akidah kita... amin ya rabbala'lamin...

Saturday, April 23, 2011

TSUNAMI vs POKOK BAKAU


Bencana tsunami pada 2004 yang turut memberi kesan kepada Malaysia telah menyebabkan masyarakat mula peka terhadap kepentingan pokok bakau, kata Pengarah Jabatan Perhutanan Perlis, Ridzuan Salleh.
Menurutnya, selepas kejadian itu, tiada kes kecurian kayu bakau dilaporkan di kawasan pantai sebaliknya para penduduk turut sama-sama menyertai program menanam pokok itu melalui pelbagai penganjuran.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, sejak 2005, kira-kira 80,000 pokok bakau telah ditanam di pesisir pantai yang antara lain bertujuan menjadi penampan ombak besar.
Sebelum kejadian tsunami pada 26 Disember 2004, kegiatan mencuri kayu bakau dilaporkan di kawasan pantai namun masyarakat mula menyedari peranan besar pokok itu. "Kami sentiasa memantau pokok-pokok bakau di kawasan pantai termasuk yang baru ditanam.  Kalau ada pokok yang mati, kami akan menyulamnya," kata Ridzuan.
Menurutnya, kawasan bakau pinggir pantai di Perlis hanya kira-kira 20 hektar dan saiz itu akan ditambah melalui kegiatan penanaman pokok-pokok baru. Beliau gembira dengan sumbangan Tentera Darat yang turut menanam 11,111 batang anak pokok bakau di pinggir pantai Sanglang hari ini yang menurutnya secara tidak langsung akan membesarkan saiz kawasan bakau.
Projek penanaman pokok bakau di kawasan seluas 0.55 hektar itu membabitkan 251 pegawai dan anggota Tentera Darat sempena sambutan hari Tentera Darat ke-78 dan ia diselesaikan dalam tempoh 78 minit.
Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifli Zainal Abidin berkata, kegiatan penanaman bakau secara besar-besaran itu adalah yang pertama pernah diadakan oleh Tentera Darat.
Melalui program ini, beliau berharap konsep untuk merakyatkan Tentera Darat akan tercapai dan pelbagai program seumpamanya akan dirancang selepas ini. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah turut berangkat dan menanam pokok bakau yang ke 11,111 di pantai itu hari ini.
- Kangar, 18 April 2011

Fikirkan

Setiap ciptaan Allah S.W.T di alam semesta mempunyai hikmah dan kegunaannya yang tersendiri. Dari makhluk sekecil zarah sehinggalah sebesar planet, semuanya bukti kebesaran Allah yang merangsang kita untuk berfikir tentang kekuasaanNya.
"Dia-lah Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, korma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.
[Surah An-Nahl:Ayat 10-11]

MY FASHION IDOL

HANA TAJIMA!!!! yes! saya tersangat adore her. the way she dress-up, she talk, and also her design. sooo...sooo...sooo... make me proud with her. jadi idola wanita bertudung, still young, fashion designer for MAYSAA LONDON. OMG.... saya tak tau nak kata apa lagi dah pasai Hana (opss!! terkeluaq dah pelat kedah cek). even dia baru convert ISLAM but she such giving big impact to all muslimah.

Friday, April 22, 2011

DENGARLAH CERITA ISTERIMU...


Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.


Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.
Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.
Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".
Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".
Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.
Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.
Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.
Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.
Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.
Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.
Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.
Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.
Amalkanlah

Banduan Palestin Menanti Kehadiran Cahaya - iluvISLAM


Anggota keluarga bagi kira-kira 7,500 banduan Palestin yang ditahan dalam keadaan penuh azab di penjara Israel mengadakan tunjuk perasaan setiap minggu bagi menuntut pembebasan mereka.
Sambil memegang gambar para banduan, mereka berkumpul di hadapan ibu pejabat Palang Merah Antarabangsa di bandar Gaza setiap Isnin, mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan berundur sehingga anak, suami, bapa dan saudara mara mereka dibebaskan.

Di antara mereka ialah keluarga Emad Al-Saftawi, 47, yang ditawan askar Israel semasa cuba meninggalkan Semenanjung Gaza dan memasuki Mesir di lintasan sempadan Rafah pada 2000.
Memandangkan isterinya hamil semasa beliau ditangkap, Emad, yang menjalani hukuman penjara 18 tahun, hanya dapat melihat anak perempuannya, Leen, semasa dia melawat penjara bersama ibunya yang telah tua dan kematian suami. Isterinya tidak pernah melawatnya di penjara, tetapi anak-anaknya, Hamza dan Jihad, telah melawat bapa mereka semasa mereka berumur bawah 12 tahun.
Pihak berkuasa Israel melarang mereka yang berumur lebih daripada 12 tahun daripada melawat banduan di penjara. Proses melawat itu dijadikan lebih rumit selepas militan Palestin menawan askar Israel Gilad Shalit semasa satu serbuan ke atas kawasan tentera Israel di selatan Semenanjung Gaza pada 2006.
Sejak itu, Israel telah menghalang, tanpa pengecualian, semua anggota keluarga banduan Palestin daripada melawat anak atau saudara mara mereka. Anak Emad tidak dapat menanggung rasa rindu kerana tidak dapat melihat bapa mereka sejak lima tahun lepas.
Leen, yang kali terakhir melihat bapanya semasa berumur empat tahun, tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengannya sekali lagi dan melihat beliau berada di rumah dengan selamat. "Saya berhak untuk bertemu bapa saya seperti kanak-kanak yang lain di dunia. Saya mahu mencium mukanya dan saya ingin bermain dengannya," kata pelajar perempuan itu penuh hiba.
Ibu kepada seorang banduan Palestin Bilal Al-Adeeni memegang gambar anaknya dan memekik: "Shalit tidak akan melihat cahaya sehingga anak-anak kami melihat cahaya," merujuk kepada askar Israel yang ditangkap. "Seluruh dunia bercakap mengenai seorang askar Israel yang ditawan semasa membunuh anak kami, dan mereka lupa bahawa kita ada ribuan banduan di penjara-penjara Israel," kata ibu yang dilanda kesedihan, yang mana anaknya dihukum penjara 25 tahun pada 2001.
Turut menyertai mogok itu ialah kanak-kanak perempuan berumur tiga setengah tahun, Heba Hanoon. Beliau tidak kenal bapanya, Nidal, yang ditangkap semasa dia berumur tiga bulan. Tetapi seperti orang lain, beliau akan terus menanti pembebasannya walaupun selama mana masa yang akan diambil.
- Semenanjung Gaza, 13 April 2011