Syazwani Shukri

Tuesday, May 31, 2011

Kebaikan MANDI Untuk Kita.. hehehe....

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.  

Mengeluarkan racun:


Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk
  sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


Jangkitan kulit
  : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


Selesema dan sakit kepala
  : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis  minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.


Insomnia
  : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda.   Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur.   Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit. 

REAKSI SYAITAN JIKA KITA MEMBACA KITAB SUCI AL-QURAN


Reaksi Syaitan Jika Membaca AlQuran

Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan ;)
1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.

Thursday, May 12, 2011

NURSES DAY 12th MAY

selamat hari jururawat sedunia untuk semua jururawat, bakal jururawat, dan bekas jururawat... i've post this video to my late friend (cinda adid)... we all miss her so much.. i dedicated this video to all my classmate NURSING K2/08. wish u all HAPPY NURSES DAY.
Posted by Picasa

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU

Tanpa kita sedari, kita telah melupai mereka yang telah banyak berkorban untuk kita. Perit lelah mereka mengandungkan kita 9 bulan tidak langsung mereka ungkit, sekalipun kita banyak merungut bila mana mereka meminta bantuan daripada kita. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk melahirkan kita ke dunia ini, tapi pernahkan kita ucapkan terima kasih? Inilah golongan insan yang bergelar ibu yang kadang-kadang kita ketepikan, kita lupa jasa dan pengorbanan mereka.
Sempena Hari Ibu yang bakal tiba nanti, ilham datang untuk saya menulis sesuatu mengenainya. Kadang-kadang kita memandang golongan ini sebelah mata sahaja. Kita lupa pengorbanan besar mereka. Kenapa saya mengatakan sedemikian? Cuba lihat, berapa ramai warga emas yang sekarang ini tinggal di rumah kebajikan untuk menghabiskan dan menamatkan sisa baki kehidupan mereka? Walhal, mereka punyai anak, tapi anak-anak mereka enggan menjaga mereka. Faktor kerjaya, sibuk dan sebagainya dijadikan alasan. Adakah ini cara pembalasan anak-anak terhadap ibu yang telah berkorban kepada mereka selama ini?
Saya ingin mengajak kamu menonton video pendek ini yang bertajuk “Surat Seorang Ibu“. Video ini telah dirakamkan dan dihasilkan oleh SaifulNang bersamaCandidSyndrome dengan kerjasama CST Production dan ID Motion Pictures. Saya syorkan anda tonton sehingga habis video ini supaya anda dapat menghayati mesej yang ingin disampaikan.
Bagaimana? Adakah kamu dapat mesej yang ingin disampaikan? Saya harap video ini sedikit sebanyak membawa kita kesedaran dan peringatan supaya kita tidak melupai mereka. Selagi mereka masih disisi, masih boleh bergurau senda dengan anda, hargailah mereka. Jangan diketepikan dan dilupai mereka ini. Saya tersentuh dengan video ini kerana pada saya inilah realiti kehidupan masa kini. Janganlah tika mereka sudah tiada barulah kita hendak menghargai mereka, maka tiada guna lagi. Berbaktilah selagi mereka masih ada.

Apa yang anda ingin lakukan pada hari tersebut? Terpulang kepada kamu untuk menentukannya, tapi pada pandangan saya, tidak perlu kita tunggu tibanya Hari Ibu untuk kita hargai mereka. Selagi mereka disisi, selagi kita masih bernyawa, setiap hari kita harus menghargai mereka. Jangan sesekali kita lupakan jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan demi kita semua. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu, jadi berbaktilah dan hargailah mereka selagi kita masih berkesempatan. Saya pernah melihat seorang rakan saya menangis apabila tibanya Hari Ibu kerana ibunya telah tiada dan tidak berkesempatan untuk mambalas jasa ibunya itu. Jadi, bagi anda yang masih punyai ibu, hargailah mereka dan berbaktilah kepada mereka.

Sunday, May 1, 2011

DEAR DAIRY,

year 1 semester 1 -setahun jagung- julai 2008-
time ni benda yang paling terer kami buat
  1. blood pressure
  2. hair shampoo
  3. pindah patien dari katil ke kerusi
  4. bed bath
  5. cara batuk dengan betul
terer kan kami.. hehehehe.....
hari ni dah masuk 1 mei 2011.. that mean ada 49 hari lagi nak balik kampung (changlun, kedah) yang tercinta, tersayang, terindu.. rasa berat hati pulak nak tinggalkan bumi sarawak ni sebenarnya.. tapi apakan daya...setiap pertemuan pasti ada perpisahan... sabo je la~ apa pun kami yang berhijrah di bumi sarawak ni rasa tak sabar jugak nak jadi staff nurse at the same time rasa kurang yakin. ye la.. jadi junior balik katakan... tetapi!!! kami sedia terima cabaran. cewah!!!! poyo sikit jer pun.. xpe kan. hehehe....
rasa macam baru masuk kolej tu je.. dah nak habis study.. cepat betul masa berlalu. tak sempat nak explore semua pasal medical term and medication sampai habis. huhuhuhu..... rasa best pulak jadi student. sapa cakap jadi student tak best????? habaq bagi mai. student life la yang paling enjoy. tapi tang kena baca buku tu yang tak berapa nak best. huhuhu...

-year 1 semester 2- january 2009-
masa ni agak senior sikit. koya pun dah muncul la.. hehehehe..
excited buat
  • dressing
  • injection 
year 2 semeser 1-july2009-
sem ni paling menarik sebab masuk labor ward and paediatric ward.
baby kat situ semua comel!!!!

year 2 semester 2
dah pandai balut kaki orang patah masa ni..


year 3 semester 1 -sem 5-
masa ni kami semua management
hanya tuhan yang tau macam mana jadi manager di ward.
kena buli dengan CI Sawai. tapi dia CI paling best. hehehe.. siap ada fan club lagi di FB tau..

year 3 semester 2 -sem 6- final semester
ni la aktiviti kami tiap2 bulan.. nursing assembly. yang ni kelas kami in charge. memang melatop habis.